"BaitNujuM"
---> Saanor
---> Adib
---> Azwan
---> Marzuki
---> Azren
---> Rastam
Tag Board
Lyrics for
Thursday, September 29, 2005
15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA'
1- Apabila kekuasaan dianggap keuntungan. 2- Amanat dianggap ghanimah. 3- Membayar zakat dianggap sesuatu yang merugikan. 4- Suami tunduk pada isteri. 5- Derhaka terhadap ibu. 6- Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran. 7- Membenci ayah. 8- Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya. 9- Membuat bising di dalam masjid. 10- Orang disanjung kerana kejahatannya. 11- Minum arak berleluasa. 12- Semakin ramai lelaki memakai sutera. 13- Wanita menari di khalayak ramai dianggap sebagai perkara biasa. 14- Pemain muzik merata - rata. 15- Umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu. sama-samalah kita renungi bersama....
Posted at 03:54 am by .:BaiTNuJuM:.
Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang tujuh itu: AHAD a) Allah menjadikan alam. b) Allah menjadikan bintang-bintang. c) Allah menjadikan api neraka. d) Allah menjadikan bumi yang tujuh. e) Allah menjadikan lautan yang tujuh. f) Allah menjadikan anggota manusia yang tujuh. g) Allah menjadikan hari yang tujuh. ISNIN a) Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit. b) Nabi Musa mengunjungi Bumi Tursina. c) Bukti ke Esaan Allah diturunkan. d) Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan. e) Wahyu pertama diturunkan pada Nabi Muhammad SAW. f) Rasullullah wafat. SELASA a) Nabi Yahya dibunuh. b) Nabi Zakaria dibunuh. c) Tukang-tukang sihir firaun ditewaskan. d) Asiah isteri Firaun dibunuh. e) Lembu kaum Bani Israel dibunuh. f) Habil dibunuh oleh Qabil. RABU a) Qarun hancur binasa. b) Firaun dan tenteranya hancur binasa. c) Raja Namrud ditewaskan nyamuk. d) Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibril. e) Syadad bin Ad musnah. f) Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan taufan. KHAMIS a) Nabi Ibrahim memasuki kerajaan Mesir. b) Saudara-saudara Nabi Yusuf menemuinya. c) Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir. d) Nabi Yaakob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir. e) Nabi Musa memasuki Mesir. f) Nabi Muhammad s.a.w memasuki Mekah. JUMAAT a) Nabi Adam berkahwin dengan Hawa. b) Nabi Yusuf berkahwin Zulaikha. c) Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuaib. d) Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis. e) Rasullullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aisyah. f) Ali bin Abu Talib berkahwin dengan Fatimah. SABTU a) Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya. b) Nabi salleh ditipu oleh umatnya. c) Nabi Yusuf ditipu umatnya. d) Nabi Musa ditindas Firaun. e) Nabi Isa diperdayakan oleh kaum Yahudi. f) Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah
Posted at 03:49 am by .:BaiTNuJuM:.
Saturday, September 10, 2005
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga. 03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. 05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti. 08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat. 09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya. 11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja. 13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. 16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah. 17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga. 18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu. 19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu. 20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. 21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. 22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu. 23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal. 24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan. 25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Posted at 03:06 am by .:BaiTNuJuM:.
Sunday, September 04, 2005
Tuduhan terhadap Ummul Mu'minin 'Aisyah r.a.
Firman Allah taala yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar "An-Nuur ayat 24 Keterangannya : Berita bohong ini mengenai isteri Rasulullah S.A.W. 'Aisyah R.A. Ummul Mu'minin, sehabis perang dengan Bani Mushtaliq pada bulan Sya'ban 5 Hijrah. Perperangan ini diikuti oleh kaum munafik, dan diikuti pula 'Aisyah dengan Nabi berdasarkan undian yang diadakan antara isteri-isteri beliau. Dalam perjalanan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. 'Aisyah keluar dari sekedupnya untuk suatu keperluan, kemudian kembali. Tiba-tiba dia merasa kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya. Sementara itu, rombongan berangkat dengan persangkaan bahwa 'Aisyah masih ada dalam sekedup. Setelah 'Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan seorang sahabat Nabi melalui tempat itu iaitu Shafwan ibnu Mu'aththal, bertemu dengan seseorang sedang tidur bersendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, isteri Rasulullah! " 'Aisyah terbangun. Lalu dia dipersilakan oleh Shafwan menaiki untanya. Syafwan berjalan mengeret unta sampai mereka tiba di Madinah. Orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka berlakunya fitnah keatas 'Aisyah r.a. dan semakin tersebar luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.
Posted at 05:42 am by .:BaiTNuJuM:.
Surat ini terdiri atas 111 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamakan dengan Al Israa' yang berarti memperjalankan di malam hari, berhubung peristiwa Israa' Nabi Muhammad s.a.w. di Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsha di Baitul Maqdis dicantumkan pada ayat pertama dalam surat ini. Penuturan cerita Israa' pada permulaan surat ini, mengandung isyarat bahwa Nabi Muhammad s.a.w. beserta umatnya kemudian hari akan mencapai martabat yang tinggi dan akan menjadi umat yang besar. Surat ini dinamakan pula dengan Bani Israil artinya keturunan Israil berhubung dengan permulaan surat ini, yakni pada ayat kedua sampai dengan ayat kedelapan dan kemudian dekat akhir surat yakni pada ayat 101 sampai dengan ayat 104, Allah menyebutkan tentang Bani Israil yang setelah menjadi bangsa yang kuat lagi besar lalu menjadi bangsa yang terhina karena menyimpang dari ajaran Allah s.w.t. Dihubungkannya kisah Israa' dengan riwayat Bani Israil pada surat ini, memberikan peringatan bahwa umat Islam akan mengalami keruntuhan, sebagaimana halnya Bani Israil, apabila mereka juga meninggalkan ajaran-ajaran agamanya. Pokok-pokok isinya : 1. Keimanan : Allah tidak mempunyai anak baik berupa manusia ataupun malaikat; Allah pasti memberi rezki kepada manusia; Allah mempunyai nama-nama yang paling baik; Al Quran adalah wahyu dan Allah yang memberikan petunjuk, penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman; adanya padang Mahsyar dan hari berbangkit. 2. Hukum-hukum : Larangan-larangan Allah tentang: menghilangkan jiwa manusia; berzina, mempergunakan harta anak yatim kecuali dengan cara yang dibenarkan agama; ikut-ikutan baik dengan kata-kata maupun dengan perbuatan dan durhaka kepada ibu bapa. Perintah Allah tentang: memenuhi janji dan menyempurnakan timbangan dan takaran, melakukan shalat lima waktu dalam waktunya. 3. Kisah-kisah : Kisah Israa' Nabi Muhammad s.a.w., beberapa kisah tentang Bani Israil. 4. Dan lain-lain : Pertanggungan jawab manusia masing-masing terhadap amal perbuatannya; beberapa faktor yang menyebabkan kebangunan dan kehancuran suatu umat; petunjuk-petunjuk tentang pergaulan dengan orang tua, tetangga dan masyarakat; manusia makhluk Allah s.w.t. yang mulia, dalam pada itu manusia mempunyai pula sifat-sifat yang tidak baik seperti suka ingkar, putus asa dan terburu-buru; dan persoalan roh.
Posted at 05:20 am by .:BaiTNuJuM:.
Saturday, September 03, 2005
1 : Umat Islam merayakan Hari Raya Fitrah pada 1 haribulan. 2 : Berlakunya peperangan Uhud pada 5 haribulan dalam tahun ke-3 Hijrah. 3 : Berlakunya peperangan Khandak pada tahun ke-5 Hijrah. 4 : Kerajaan tentera Islam di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab menakluki Bandar Madaain. 5 : Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Farsi yang dikenali dengan nama Istana Putih dalam tahun ke-10 Hijrah.
Posted at 10:38 pm by .:BaiTNuJuM:.
1 : Bulan Ramadhan difardhukan keatas umat Islam untuk mengerjakan ibadat puasa. 2 : Rasulullah SAW dan para sahabat baginda berangkat dari Madinah pada 8 haribulan tehun ke-2 Hijrah untuk peperangan Badar. 3 : Berlaku peperangan Badar pada 17 haribulan tahun ke-2 Hijrah. 4 : Penyempurnaan pembukaan Kota Mekah pada 10 haribulan tahun ke-8 Hijrah. 5 : Permulaan turunnya ayat-ayat suci Al-Quran pada 17 haribulan. 6 : Tragedi pembunuhan Saidina Ali dalam tahun ke-40 Hijrah, beliau wafat ketika memasuki Masjid Kuffah pada 17 Ramadhan.
Posted at 10:33 pm by .:BaiTNuJuM:.
1-Malam nisfu sya'ban pada 14 haribulan. 2-Penukaran Kiblat dari Masjidil Aqsa Baitul Maqdis ke Kaabah di Baitul Haram pada 15 haribulan. 3-Peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 Hijrah
Posted at 10:10 pm by .:BaiTNuJuM:.
1 : Berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj pada 26/27 haribulan. 2 : Sembahyang lima waktu disyariatkan dalam peristiwa Isra' dan Mikraj. 3 : Berlaku peperangan Tabuk, peperangan terakhir disaksikan oleh Rasulullah SAW pada tahun ke 9 Hijrah.
Posted at 10:09 pm by .:BaiTNuJuM:.
Tuesday, August 09, 2005
Sheikh Ahmed Deedat Meninggal Dunia
CAIRO, August 8, 2005 (IslamOnline.net) – Famed Muslim preacher and debater Sheikh Ahmed Deedat died Monday, August 8, at 87, leaving behind a legacy of propagating Islam and defending it against missionaries. Founder of the Islamic Propagation Center International (IPCI) in Durban, South Africa, Deedat distributed more than twenty million copies of his books and audio tapes free of charge for the purpose of da`wah. In South Africa where he lived, hundreds of people have entered Islam Including a large number of missionaries. He delivered lectures all over the world and successfully engaged Christian Evangelists in public debates. One of his most famous debates was “Was Christ Crucified?” when he impressively debated Bishop Josh McDowell in Durban in 1981. Famous books by Deedat included "The Choice - Between Islam and Christianity; "Is the Bible God’s Word?"; "Al Qur’an the Miracle of Miracles" ; "What the Bible says about Muhammad (PBUH)?"; and "Crucifixion or Cruci-Fiction?" Deedat, who was born in 1918 in the Indian district of Surat, has been bedridden since 1996 when he suffered a serious stroke. Excellent Debater In 1986, Sheikh Deedat was awarded the King Faisal International Prize for Service of Islam. Sheikh Deedat did not have much formal schooling, but he was self-taught through experience and had a penchant for reading, debating, discussion, and a profound sense of commitment to a mission and goal, according to his Web site. He was driven and goal oriented. He was focused and never let up until the job was done. He was sharp, perceptive, forthright, fiery, and daring in his challenge of those whom he debated particularly against those who equal his missionary zeal and sense of audacity, the Web site added. "Formal schooling did not destroy his creative prowess, his tenacity, ambition, drive, and sheer daring to swim upstream." Sheikh Deedat was considered by many as more a scholar of the Bible than the Qur'an and was more familiar and adroit with its teachings. He had an insight and perspective of the Bible which made many Christians he came into contact with rethink and re-examine their faith, particularly those aspects of the Bible and the Qur'an that deal with the divine mission and life of Prophet Jesus, the Web site says. In 1986, the King Faisal Foundation awarded the King Faisal International Prize for Service of Islam to Deedat. He shared the prize with prominent French Muslim intellectual and philosopher Roger Garaudy. When he suffered a stroke, he lost his speech, his most potent gift that he used so effectively in his debates to propagate Islam. He delivered his last lecture in Sydney, Australia, in 1996 just before his chronic illness. The lecture was considered to be one of his most passionate talks.
Posted at 10:27 am by .:BaiTNuJuM:.